Hargai Diri Sendiri ;
Kita Tenggelam Dalam Maklumat, Tetapi Masih Terlalu Jauh Untuk Menjadi Bijak
Ketika bangun di waktu pagi, atau terjaga di tengah malam, tidak mengira masa dan tempat, kita dipenuhi dengan maklumat...
Kita berusaha untuk menjadi
sempurna dalam apa juga yang kita lakukan, samada kita seorang kakitangan
kerajaan, peniaga, kontraktor, pengurus projek, juru jual, atau perunding
kewangan. Kita cuba untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan,
tetapi kita harus ingat bahawa menyelesaikan dengan baik sesuatu tugas adalah
lebih baik daripada cuba untuk membuatkan ia menjadi sempurna.