Katakanlah (wahai
Muhammad) : "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang
memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah
yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah
juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina
sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala
kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (QS
‘Ali-‘Imran ; 26).
Engkaulah (wahai
Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang
memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan
sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda
yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". (QS
‘Ali-‘Imran ; 27).
~ (Admin) Usah dibatasi saudara-saudara kita yang lain
dari mengecapi manisnya zikir & doa dari al-Quran & al-Hadis
bersama-sama… Teruskanlah berpesan dengan berkongsi amal jariah ini kerana
Allah… Moga Allah bantu kita, InsyaAllah…
Jihad Ekonomi
http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.instagram.com/eutamaagencyhttp://eutamaagency.blogspot.my
No comments:
Post a Comment