Dari Jabir r.a.,
katanya : "Biasanya pada hari raya, Rasulullah saw. menempuh jalan pulang,
lain daripada jalan yang telah ditempuh baginda untuk pergi." (HR Al-Bukhari).
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang sudah tahu apa yang membuatkan kita sama...
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency
Abu Said al Khudri
bercerita, katanya : "Pada hari raya Idul Adha atau hari raya Idul Fitri,
Rasulullah saw. keluar rumah pergi ke tempat solat. Baginda lalu ke tempat kaum
wanita solat dan di situ baginda bersabda : "Hai, kaum wanita!
Bersedekahlah kamu sekalian. kerana saya melihat, kaum wanitalah yang terbanyak
di antara penduduk neraka. Mereka bertanya, "Sebab apa, ya,
Rasulullah?" Sabda Rasulullah saw., "kerana kamu sekalian banyak
mencerca orang, dan ingkar kepada suami. Saya tidak melihat di antara
orang-orang yang kurang akal dan agamanya, yang lebih merosakkan hati laki-laki
yang cermat, selain daripada kamu sekalian." Tanya mereka,"Kurang
bagaimanakah akal dan agama kami,ya,Rasulullah?" Sabda Rasulullah saw., "Bukankah
kesaksian kaum wanita seperdua kesaksian kaum lelaki?" Kata mereka, "Betul!"
Sabda Rasulullah saw. "Itulah salah
satu bukti bahawa akalnya kurang. Bukankah apabila wanita itu haid, dia tidak
solat dan tidak pula puasa?" Jawab mereka, "Betul!" Sabda Rasulullah
saw. "Itulah salah satu bukti bahawa agama mereka kurang." (HR Al-Bukhari).
~ Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang sudah tahu apa yang membuatkan kita sama...
~ Kejayaan itu adalah satu perjalanan yang berterusan… Moga Allah Bantu Kita...
http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.facebook.com/eutamaagencyhttps://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency
No comments:
Post a Comment