Friday, 15 July 2016

Cara Untuk Memulakan Tabiat Menabung

Anda mungkin menyangka ini adalah satu lagi artikel berkaitan penyimpanan wang, dan mungkin meminta anda memulakan tabiat yang boleh membuatkan anda dan keluarga anda mengalami tekanan hidup.

Saya tidak memberi apa-apa nasihat, betul!
Saya hanya berkongsi beberapa cara yang akan membantu saya dan anda untuk menyelamatkan wang, dan membina tabiat menabung sepanjang hayat.

1. Memulakan Secara Kecil-Kecilan & Berterusan - Kita tentunya biasa mendengar frasa - 'slow and steady wins the race'. Kita perlu menggunakan pendekatan yang sama ketika menyimpan. Ia bukan mudah bagi kebanyakan kita untuk mempunyai disiplin dalam kewangan kita sepanjang masa. Jadi, anda perlu bermula dengan langkah-langkah kecil untuk menyemai tabiat menabung. Anda perlu mewujudkan satu amaun sasaran kecil untuk disimpan pada mulanya. Seterusnya, anda boleh mula membuat pelaburan secara kecil-kecilan, sebaik sahaja anda mempunyai sedikit simpanan atau sebelum itu – apabila sebaik sahaja anda mendapat simpanan anda. Anda tidak perlu menunggu satu amaun yang besar untuk memulakan pelaburan. Simpanan awal amat bermakna, pelaburan awal adalah amat bermanfaat dari segi kewangan.

Apabila anda mencapai sasaran ini, anda akan menjadi lebih yakin, dan lebih bermotivasi. Anda kemudiannya boleh menetapkan sasaran yang lebih besar. Anda harus fokus dalam simpanan anda, supaya anda dapat mempelajari tentang berapa banyak masa yang diperlukan untuk mencapai sasaran anda, dan anda mampu untuk menjana jumlah ini dalam masa yang ditetapkan.
http://eutamaagency.blogspot.my/p/contact-us.html

2. Merancang Beli-Belah Anda - Sebahagian besar daripada kita amat suka membeli-belah. Pusat membeli-belah pula mempunyai gambaran menarik yang menggoda kita untuk membeli. Pada bulan lalu contohnya, semua pusat membeli-belah menjalankan jualan musim perayaan. Sebelum membeli-belah terutamanya di pusat membeli-belah, adalah terbaik untuk membuat senarai semak terlebih dahulu, dari apa yang harus dibeli di sana. Apabila tangan anda mencapai sesuatu, semak senarai, dan jika ianya tidak ada, letakkan kembali di tempatnya. Adalah lebih baik untuk menggunakan 'tunai' ketika membeli-belah - anda akan merasa 'sakit' yang sebenar. Anda akan dapat mempelajari sesuatu tentang wang yang anda berbelanja, dan lebih sedar.

Ramai di antara kita mengunjungi pusat membeli-belah sebagai aktiviti hujung minggu, dan akhirnya terperangkap dalam berbelanja. Cuba untuk pergi ke pusat membeli-belah hanya jika ia diperlukan sahaja.

3. Membuat Belanjawan & Mematuhinya - Ia adalah penting untuk mewujudkan bajet bulanan. Mewujudkan belanjawan yang realistik tentang perbelanjaan anda, termasuk perbelanjaan reakreasi. Kemudian, tetapkan amaun sasaran untuk disimpan setiap bulan. Ini tidak mencukupi, anda perlu berpegang kepada bajet tersebut, mengikuti dan mematuhi perbelanjaan anda, dan pastikan anda tidak akan terlebih bajet. Jika beberapa perbelanjaan terlebih daripada apa yang dirancang, cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dalam perkara yang lain supaya jumlah sasaran untuk diselamatkan tidak dikompromi.

4. Elakkan Penggunaan-Meluas Kad Kredit - Anda menyukai sesuatu, dan mahukannya, tetapi tidak mempunyai wang, itu tidak menjadi masalah kerana hanya 'swipe' sahaja anda akan dapatkan apa yang anda mahu. Kad kredit adalah mudah apabila kita berbelanja, tetapi apabila datangnya bil, baru kita sedar bahawa ianya amat mengerikan. Jangan menyimpan lebih daripada 1 atau 2 kad kredit, dan menggunakannya hanya semasa kecemasan sahaja, seperti perbelanjaan perubatan. Anda perlu membayar bil mengikut masa, dan membayar jumlah penuh untuk mengelakkan caj penalti atau bayaran lewat. Ia juga akan menjimatkan wang, dan masa yang anda hilang.

Malah, jika anda benar-benar mahukan sesuatu, dan anda mulalah menyimpan, sehingga anda mempunyai cukup wang untuk membelinya. Anda akan lebih memahami perbezaan antara mahu, atau hanya satu keinginan. Anda juga akan lebih menghargai pembelian, seperti yang anda tahu anda telah bekerja keras untuk mendapatkannya.

5. Menyemak Bil - Adakah anda menilai semula jumlah yang anda belanjakan untuk petrol, elektrik, bil telefon bimbit, tv cable, pelan Internet dan lain-lain? Apabila bil elektrik datang atau apabila anda melihat bil telefon, anda merasa takut pada jumlah yang hendak dibayar. Sebaliknya, memastikan yang anda atau keluarga anda tidak membazirkan elektrik, dengan mempunyai peralatan jimat tenaga di rumah, dan mencabut plag serta mematikan peralatan apabila ianya tidak digunakan. Anda perlu menyemak pilihan alternatif perjalanan ke tempat kerja, dan bukannya menggunakan kenderaan peribadi semata-mata. Anda boleh mencuba pengangkutan awam atau perkongsian teksi. Anda juga mungkin bertemu dengan orang-orang seperti itu.

Mengkaji semula pelan mudah alih, pelan Internet dan TV cable anda. Apakah ianya pelan yang terbaik dan sesuai untuk kegunaan anda? Adakah terdapat pelan yang lebih ekonomi di pasaran? Adakah anda menerima saluran TV, sedangkan anda tidak pernah menontonnya? Jawapan kepada soalan-soalan ini akan membantu anda untuk mendapatkan pelan yang optimum, dan mengurangkan perbelanjaan anda. Langkah-langkah ini juga akan mengakibatkan peningkatan dalam simpanan anda.

6. Menderma Kepada Diri Sendiri - Ini adalah satu idea yang hebat. Ia membantu dalam dua cara. Setiap kali anda berbelanja besar atau membuat perbelanjaan yang tidak dirancang, asingkan dalam peratusan kecil daripada jumlah yang dibelanjakan ke dalam kotak (sebagai penalti atau denda). Ini akan membuat anda berfikir dua kali sebelum membeli sesuatu, dan juga meningkatkan simpanan anda, iaitu wang yang akan terkumpul dalam tempoh masa tertentu selama anda tidak mengikuti bajet anda.

7. Mendapatkan Pendapatan Kedua – Dapatkan cara baru untuk mendapatkan wang tambahan, anda tidak perlu berhenti daripada memperolehi pendapatan pertama anda.

Cubalah anda fikirkan beberapa panduan sebelum anda memulakannya, seperti ; dapatkan satu kerja yang kurang menggunakan kos ; tidak memerlukan pengalaman kerja yang banyak ; mempunyai risiko yang rendah ; melibatkan bidang perkhidmatan ; dan, di peringkat awalnya hanya sasarkan pasaran di persekitaran anda (Seperti ; melalui Pemerhatian Peribadi, Rujukan, Pusat Pengaruh, Mobiliti Sosial, Jaringan Kerja, Pertubuhan atau Persatuan, dan lain-lain).

Anda boleh bebas melakukan kerja yang berkaitan dengan bakat dan kebolehan anda. Anda boleh melakukan projek-projek kreatif, tuisyen, perkhidmatan perundingan, atau jualan langsung. Anda boleh melakukannya hanya pada hujung minggu atau masa cuti anda (part time). Anda pasti akan mendapat lebih pendapatan untuk lebih simpanan, dan pada masa yang sama anda mungkin mendapati apa bakat dan kebolehan anda yang sebenar, atau akhirnya anda dapat memulakan perniagaan atau profesion baru.
http://eutamaagency.blogspot.my/p/mail-us.html
Langkah-langkah ini akan memastikan anda untuk memupuk tabiat menabung. Simpanan akan memastikan anda mempunyai asas kewangan yang lebih kukuh. Anda akan merasa hebat apabila anda mencapai sasaran anda, dan hanya perasaan yang hebat mengenai diri sendiri yang akan memastikan keajaiban kepada minda dan badan anda.


~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...

http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger TemplatesMy Blogger TricksAll Blogger Tricks
Blogger Widget