Sunday, 15 May 2016

Menjadi Baik Adalah Lebih Baik Daripada Menjadi Sempurna – Berkaitan Kewangan

Kita berusaha untuk menjadi sempurna dalam apa juga yang kita lakukan, samada kita seorang kakitangan kerajaan, peniaga, kontraktor, pengurus projek, juru jual, atau perunding kewangan. Kita cuba untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan, tetapi kita harus ingat bahawa menyelesaikan dengan baik sesuatu tugas adalah lebih baik daripada cuba untuk membuatkan ia menjadi sempurna.

Kita tahu bahawa, 20% daripada masa kita dihabiskan untuk melakukan 80% daripada kerja kita, dan baki 80% daripada masa yang tinggal digunakan untuk melakukan 20% daripada tugas tersebut untuk menjadikan ianya sempurna, ini bererti kita menghabiskan banyak masa hanya kepada beberapa tugas.
Tetapi, kali ini masa tersebut perlu digunakan dengan cara yang lebih baik, daripada mencari cara-cara untuk melakukan tugas yang sempurna. Usaha untuk mencari kesempurnaan mungkin tidak akan berakhir.
 
Perkara yang perlu diingat untuk mensasarkan kecemerlangan :
ü  Berbangga dengan apa yang telah dicapai - dalam aktiviti senaman anda, anda telah berlari 2 km tanpa henti buat kali pertama. Ia adalah baik untuk menetapkan matlamat untuk diri sendiri, dan berbanggalah apabila anda mencapainya, kerana ia membina watak dan keyakinan diri anda. Anda sepatutnya berasa gembira, tetapi anda masih sibuk membandingkan masa anda dengan orang lain. Jika skim Saham Amanah yang telah anda beli adalah di atas 07%, anda sepatutnya berasa gembira mengenainya, dan bukannya merungut bahawa ada yang lain yang di atas 15%. Ia adalah jauh lebih baik daripada berada di bawah 03%.
ü  Berusaha untuk kecemerlangan dan bukan prestasi yang sempurna - Anda perlu berusaha untuk menjadi cemerlang dalam apa jua yang anda lakukan, tetapi untukmensasarkan idea yang sempurna dalam kepala anda mungkin menjadi lebih sukar. Anda perlu membandingkan prestasi anda pada masa kini dengan pada masa lalu, dan cuba untuk menjadi lebih baik.
ü  Anda atau Perancang Kewangan anda telah membuat perancangan kewangan - Anda harus melaksanakannya, bermula dengan langkah-langkah mudah, dan bukannya menunggu untuk mewujudkan pelan impian yang anda fikir akan menjadikan anda orang yang paling kaya. Anda boleh memulakan dengan melabur dalam saham amanah atau membeli dana ekuiti yang pelbagai, di mana anda tidak perlu banyak berfikir, manakala pelaburan tetap berkembang.
ü  Selesai satu tugas adalah lebih baik daripada tugas tidak lengkap - Apabila tujuan anda untuk kesempurnaan, anda mungkin berakhir dengan melambatkan kerja anda. Ianya mungkin nampak kurang bersinar (kurang berkilat jika untuk kereta), tetapi kerja anda telahpun selesai, dan anda hanya perlu melakukan beberapa penambahbaikan kecil yang akan dibuat kemudian, atau kesalahan kecil yang boleh diperbetulkan. Selain itu anda boleh mengetahui lebih lanjut dari kesilapan anda.
ü  Satu tugas yang baik menjaga langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kegagalan - Jika anda lakukan sesuatu kerja, anda perlu memastikan bahawa anda memikirkan semua aspek, dan berfungsi dengan sewajarnya. Ini akan membantu anda mengenal pasti kesalahan yang berpotensi, dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk itu.
ü  Mensasarkan matlamat yang tinggi untuk kesempurnaan tidak praktikal - Mengejar kesempurnaan menjadikan tugas anda lebih rumit, kerana anda tidak mungkin menyelesaikannya dengan tujuan untuk kesempurnaan. Ia adalah lebih baik untuk melakukan sesuatu dengan baik, dan kemudian terus mengemaskini dengan penambahbaikan kecil atau peningkatan. Ini akan membantu anda untuk menyelesaikan tugas-tugas anda, dan juga memberikan anda satu rasa pencapaian. Pendekatan ini juga akan meningkatkan produktiviti.
ü  Dapatkan polisi insuran yang sempurna, atau 100% jumlah perlindungan yang tepat – maaf, kerana polisi tersebut tidak ada, ataupun saya tidak tahu... Adalah lebih baik anda berfikir untuk membeli beberapa polisi yang baik, dan anggaran jumlah perlindungan yang sesuai... daripada melambatkan keputusan untuk membeli insuran. Jika terdapat polisi yang sempurna – maka, Cuepacs tidak perlu lagi menuntut kenaikan gaji, atau tiada lagi gaji minima yang akan disemak, kerana semuanya sudah cukup untuk memuaskan kita.

http://eutamaagency.blogspot.my/p/contact-us.html
"Matlamatnya bukanlah untuk membuat keputusan yang sempurna tentang wang setiap masa, tetapi untuk melakukan yang terbaik yang kita mampu, dan bergerak ke hadapan, pada setiap masa, itu sudah cukup." Carl Richards (CERTIFIED FINANCIAL PLANNER™ and the director of investor education for the BAM ALLIANCE, a community of over 130 independent wealth management firms throughout the United States)
 
Adakah anda sedang memikirkan sesuatu yang sempurna, sehinggakan anda masih belum bertindak sehingga sekarang?
http://eutamaagency.blogspot.my/p/mail-us.html

~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger TemplatesMy Blogger TricksAll Blogger Tricks
Blogger Widget