Kebankrapan bukanlah bererti segala-galanya telah
berakhir ; ia adalah sekadar halangan atau kekangan yang sememangnya anda mampu
mengatasinya, dan akan melahirkan sesuatu yang lebih kukuh daripada sebelumnya.
Terdapat banyak perkara yang boleh membawa kepada kebankrapan - kerugian akibat pekerjaan yang tidak dijangka, kecemasan akibat perubatan, perceraian, perbelanjaan di luar kawalan, atau rakan kongsi perniagaan yang tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, sama ada krisis kewangan itu dapat anda elakkan atau tidak, kebanyakan orang akan berdepan dengan kemelut kebankgrapan dengan perasaan marah, rasa bersalah dan malu.
Kerana mereka merasakan seperti mereka telah
gagal, ramai orang kemudiannya mengalami tekanan dalaman yang amat dahsyat, dan
mereka sering mengungkapkan pada diri mereka berkali-kali, bahawa "Aku
adalah seorang yang gagal... Aku adalah seorang yang gagal... Aku adalah
seorang yang gagal..."
Kesannya ialah, propaganda dalaman ini akhirnya
akan meyakinkan diri anda sendiri akan kebenarannya ; dan anda secara tidak
langsung akan menerima pakai identiti
gagal.
Identiti ini tidak berfaedah bagi anda atau orang-orang di sekeliling anda yang anda sayangi, ia hanya bertindak sebagai memenuhi andaian diri sendiri semata-mata. Hakikatnya, kadang-kadang semua orang perlu gagal, tetapi itu tidak bermakna bahawa mereka telah gagal selamanya, atau kalah teruk. Abraham Lincoln pernah menjadi bankrap pada usia 24 tahun, dan antara kegagalan lain selain dari anda ialah, Walt Disney, Milton Hershey, Henry Ford dan Stan Lee juga pernah bankgrap, sebelum mereka dapat membina semula empayar kejayaan dan kekayaan mereka.
Anda sememangnya mampu mengatasi halangan atau
kekangan ini... apalagi halangan atau kekangan lain, yang lebih remeh dari itu,
apalah sangat... sudah pastinya anda lebih mampu... dan, sesuatu yang lebih
kukuh daripada sebelumnya akan anda hasilkan.
80% kejayaan lahir dari mentaliti - 20% selebihnya adalah tindakan.
Adakah Aku Seorang Yang Gagal? TIDAK SAMA SEKALI!
~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency
No comments:
Post a Comment