Friday, 21 October 2016

Mengelakkan Perangkap Hutang

Sebelum saya meneruskan pembentangan saya, saya mengaku bahawa, tidak ada titik tunggal atau remedi yang boleh dianggap sebagai satu penyelesaian yang tepat. Tetapi ya, gabungan langkah-langkah ini boleh digunakan untuk membasmi masalah hutang. Ini adalah senarai beberapa langkah yang lengkap, oleh itu anda tidak boleh mengaitkan dengan hanya beberapa langkah sahaja. Anda juga boleh mengabaikannya, tetapi anda juga mungkin menyesal nanti jika anda tidak memberikannya peluang untuk mengubah anda.

Oleh itu, sila ikuti langkah-langkah berikut, dan mengaplikasikannya dalam kehidupan anda sendiri, atau berkongsi dengan orang yang anda kenali yang berhadapan atau terjebak dengan perangkap hutang.

Tip untuk mengelakkan Perangkap Hutang

1. Peraturan pertama adalah dengan menggunakan wang tunai sahaja. Secara tunai yang saya maksudkan ialah wang tunai anda sendiri, yang anda perolehi dari usaha atau pelaburan anda. Ini bukan bermakna bahawa anda tidak perlu melakukan pinjaman pada semua perkara. Berpeganglah kepada hanya dua pinjaman asas sahaja, iaitu pinjaman perumahan dan kenderaan.

2. Jangan Keterlaluan. Sebenarnya, simpanlah sedikit wang secara tetap, dan bukannya menghabiskan kesemua wang yang anda perolehi. Menyimpan tidak bererti bahawa anda menyimpan untuk jaminan pada masa hadapan sahaja, tetapi ia sepatutnya menjadi satu tabiat semulajadi anda.

3. Sekiranya anda merasakan bahawa hutang telah mula menggamit anda, cuba untuk mengelakkannya sebaik mungkin. Mulalah menyimpan sekurang-kurangnya 50% daripada pendapatan anda. Contohnya, jika anda melihat bahawa tarikh perkahwinan anda telah dekat, dan anda perlu mengambil pinjaman untuk membiayainya, mulalah menyimpan dengan segera. Simpanan ini akan membantu anda mengurangkan pinjaman.

4. Sentiasa peka dengan liabiliti anda. Minda anda perlu jelas kepada berapa banyak anda berhutang, dan kepada siapa anda berhutang. Ia sentiasa berguna untuk membuat senarai semak. Dapat dilihat bahawa sikap tidak mengambil berat tentang berapa banyak baki hutang akan membawa kepada penambahan hutang. Contohnya, walaupun anda bergantung kepada bank untuk mengira baki bulanan kad kredit anda, selepas setiap kali "swipe" untuk pembelian, anda harus peka kepada jumlah bil kad kredit anda yang perlu anda jelaskan pada tarikh pembayaran akan datang.

5. Cuba untuk hidup dengan hanya satu kad kredit sahaja. Atau maksima dua. Lebih daripada itu akan menyebabkan pembaziran dan kekeliruan. Salah seorang orang atasan saya pernah mempunyai 11 kad kredit, dengan had kredit sebanyak RM180,000. Beliau amat berbangga, dan pernah berkata kepada saya "saya membawa 180k dalam poket saya". Saya tidak menjawab pada waktu itu, kerana saya sendiri tidak begitu mengetahui tentang hutang kad kredit. Walau bagaimanapun, jika dia bertemu saya hari ini, saya akan berkata kepadanya, "Sekarang ini, pihak bank semakin kekurangan tempat yang selamat untuk menyimpan wang mereka, jadi mereka telah menukarkannya ke dalam bentuk plastik, dan telah disimpan di kalangan orang ramai. Sekiranya ia dirompak, orang ramai boleh dipersalahkan".

Sebelum berakhirnya petikan ini, segeralah memotong kad kredit tambahan anda sekarang, dan tidak lagi meneruskannya, dan memaklumkan kepada pihak bank bahawa anda tidak memerlukannya lagi. Bank anda mungkin tidak suka idea ini, dan akan cuba untuk menarik anda kembali dengan beberapa manfaat tambahan, seperti had yang dipertingkatkan, dan lain-lain... (ketahui cara pengurusan kad kredit yang betul)

Jangan terperangkap ke dalam perangkap hutang.

http://eutamaagency.blogspot.my/p/contact-us.html

~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...

https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger TemplatesMy Blogger TricksAll Blogger Tricks
Blogger Widget