Saturday, 18 June 2016

Pelajaran Kewangan Untuk Kanak-Kanak

Jika anda bertanya kepada seorang kanak-kanak berumur 5 tahun "dari manakah wang itu datang?", kemungkinan besar jawapannya ialah dari poket, atau dari dompet, atau dari ATM. Kanak-kanak hanya mengatakan apa yang telah diperolehi dari pemerhatiannya saja. Ia tidak dapat melihat hubungan antara keringat dan masa anda untuk mendapatkan kehidupan (wang) yang sempurna untuk mereka.

Kanak-kanak hari ini adalah lebih mendesak dan ingin tahu. Anda boleh lihat dalam tingkah laku mereka. Mereka akan mengugut anda untuk sesuatu (ais krim) sebagai ganjaran membuat kerja, mereka akan menangis dengan semua air mata untuk mainan atau boneka, dan memastikan anda membelinya. Mereka mahu pelbagai pakaian, alat tulis, kasut dan segala-galanya ketika mereka melihatnya. Dan jika anda mengatakan tidak, jauh di fikiran mereka, mereka akan mula berfikir, "Adakah kita miskin?" Atau "adakah ibubapa saya suka saya, atau tidak?"

Mari kita lihat apa dan bila untuk memberitahu anak-anak mengenai kewangan.

Umur 5 - 7 tahun : Mengajarkan - Apakah wang? Bagaimana ibubapa mendapatkan wang?

Pelajaran 1 : Tanyakan kepada mereka, “apakah wang?” Menunjukkan kepadanya wang kertas dan syiling, dan beritahu mereka bahawa segala-galanya mempunyai kos iaitu wang. Ais krim, pakaian, buah-buahan, kenderaan, petrol, kipas, elektrik, taman air dan lain-lain, semuanya adalah barangan atau perkhidmatan yang memerlukan wang sebagai pertukaran. Jadi wang adalah penting.

Pelajaran 2 : Tanyakan mereka, “adakah mereka rindukan anda apabila anda pergi bekerja?” Beritahu mereka bahawa anda terlepas untuk bersama mereka, tetapi dalam usaha untuk mendapatkan wang yang diperlukan, anda perlu bekerja keras. Anda bekerja untuk sebulan penuh, maka anda mendapat wang yang akan diperuntukkan untuk seluruh bulan tersebut, dan anda boleh mengambil wang di ATM yang telah disediakan oleh majikan anda, apabila diperlukan. Menunjukkan kepada mereka bahawa, bukannya ATM yang memberikan wang, tetapi ia adalah kerja keras dan masa anda atau pasangan anda menumpukan terhadap kerja. Memupuk hubungan antara kerja keras dan wang adalah berkait rapat.

Umur 7 - 9 tahun : Mengajarkan - Nilai Simpanan & Pelaburan

Pelajaran 3 : Ini adalah masa yang sesuai untuk anda memberikan wang tunai kepada mereka untuk mereka mengendalikannya sendiri. Anda boleh berikan kepada mereka wang saku, dan memberitahu mereka, sekiranya mereka mahu berkelah pada hujung minggu, mereka boleh menyumbangnya melalui wang tersebut. Atau bertanya kepada mereka, apakah yang mereka mahu... rasanya mereka akan mengatakan ; tablet, beritahu mereka bahawa mereka perlu menyimpan sejumlah X untuk bulan Y untuk mendapatkan tablet.

Apabila anda berbelanja sesuatu, beritahu mereka supaya mengira dan membayar. Biarlah mereka mengira baki dan denominasi wang kertas untuk membayar. Ini bukannya untuk satu-satu masa, tetapi jadikannya sebagai rutin.

Pelajaran 4 : Ini adalah masa untuk anda duduk bersama mereka dan mengajarkan mengenai perbelanjaan harian atau rutin. Ajarkan bahawa barangan runcit adalah rutin, tetapi bercuti atau perbelanjaan untuk pendidikan tinggi adalah tidak. Menunjukkan kepada mereka bahawa anda menyimpan untuk matlamat jangka panjang. Terangkan perbezaan antara tabungan dan pelaburan. Dedahkan konsep keuntugan (interest) dan pengumpulan, dan berkongsi cerita di mana anda mula menyimpan dan berdikari untuk mencapai matlamat anda tanpa kesukaran.
http://eutamaagency.blogspot.my/p/contact-us.html
Umur 9 - 13 tahun : Mengajarkan – Konsep Asas Pelaburan & Hutang

Pelajaran 5 : Mengajarkan mereka kuasa faedah berganda (compounded interest ) dengan cara mudah. Beritahu mereka tentang akaun simpanan bank, deposit dan deposit tetap. Kenalkan kepada mereka berapa saluran yang dapat membantu untuk membina tabungan untuk kegunaan masa depan.

Pelajaran 6 : Mengajarkan mereka bahaya hutang. Menunjukkan kepada mereka bagaimana perjalanan pinjaman perumahan dan kad kredit. Hubungkaitkan kaedah simpanan dan hutang. Katakan kepada mereka bagaimana anda menyediakan simpanan yang maksima untuk mengurangkan jumlah pinjaman. Lakukan "role play" dengan memberikan mereka pinjaman peribadi kecil untuk keperluan mereka, dan memotong bayaran balik daripada wang saku mereka.

Dan sebelum anda mengajarkan mereka... pastikan ;

Tunjuk rasa hormat pada wang dalam tingkah laku kewangan anda.
Buat pelaburan & keputusan bijak dalam pembelian.
Didik diri sendiri dengan konsep kewangan.
Memberi contoh teladan yang baik.
Bersabar dengan anak-anak, jangan mengharapkan sikap Warren Bufffet atau Benjamin Graham daripada mereka pada hari pertama.

Sebagai ibubapa, saya bersemangat untuk mempelajari perkara baru supaya saya dapat mengajar anak-anak saya, supaya perjalanan hidup mereka lebih baik dari kehidupan saya...
http://eutamaagency.blogspot.my/p/mail-us.html

~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...

http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger TemplatesMy Blogger TricksAll Blogger Tricks
Blogger Widget