seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan : “Aku ini puasa.” Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggamanNya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya : Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya." (HR Al-Bukhari).
Dan Ibnu Abbas
r.a., katanya : "Rasulullah saw. adalah seorang yang amat pemurah, dan
lebih pemurah lagi selama bulan Ramadhan, iaitu ketika Jibril datang
menemuinya. Biasanya Jibril datang kepada Rasulullah saw. tiap-tiap malam Ramadhan
dan beliau kedua-duanya membaca Quran berganti-ganti. Sesungguhnya Rasulullah
saw. lebih pemurah berbuat kebaikan daripada murahnya angin berhembus." (HR Al-Bukhari).
~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency
No comments:
Post a Comment