Apakah perniagaan yang anda lakukan? Maksud saya, apakah perniagaan yang anda benar-benar lakukan? Dalam erti kata lain, apakah fungsi utama yang anda berikan kepada bakal pelanggan anda di luar kategori atau syarikat di
mana anda telah membina kerjaya anda?
Berikut adalah cara untuk bertindak balas dengan lebih berkesan.
Salah satu pelajaran yang paling berkesan di dalam perniagaan adalah untuk mengetahui di mana anda benar-
benar berada dan mewujudkan peta perniagaan yang berkesan untuk menentukan ke mana anda mahu pergi. Bunyinya cukup mudah, tetapi kebanyakan syarikat
amat payah menjelaskan nilai perniagaan mereka dan apa yang mereka lakukan untuk pelanggan mereka.
Sebagai contoh, jika seseorang bertanya kepada anda, "Apakah perniagaan anda?" jawapan yang biasa mungkin, "Perniagaan saya ialah pemasaran digital." Tetapi, jawapan itu tidak memberikan apa-apa untuk menginspirasikan orang yang bertanya tersebut, atau menarik minat mereka untuk berurusan dengan anda. Malah, orang yang bertanya tersebut dengan cepat mengkatagorikan perniagaan anda ke dalam kategori yang biasa dikenali, dan ia akan beralih ke topik yang lain, dengan itu anda akan kehilangan peluang untuk meneroka jalan yang mungkin wujud untuk bekerja bersama-sama dengan orang tersebut.
Apakah perniagaan yang anda ceburi?
Apakah perniagaan yang anda ceburi? Maksudnya, apakah tugas utama anda dalam berurusan dengan bakal pelanggan anda di luar kategori perniagaan di mana anda telah membina kerjaya anda? Salah satu jawapan yang menepati fungsi utama anda ialah, “Saya adalah salah seorang yang bersama-sama membina kejayaan pemasaran, dan inovasi kepada pelanggan yang saya berkhidmat." Hasilnya adalah, ianya akan melepaskan semangat anda, dan ianya lebih menarik kepada sesiapa yang anda bercakap. Apakah perniagaan yang eUtama Agency terlibat? "Di eUtama Agency, kami memberikan anda apa yang anda kehendaki.” Begitulah juga dengan F1 lakukan untuk hidup.
Ini adalah masa yang baik untuk anda mengkaji semula jawapan anda, dan jika anda suka, gunakanlah. Anda juga digalakkan untuk tampil dengan jawapan anda sendiri yang unik.
1. Adakah anda dalam perniagaan hartanah? Tidak, anda sebenarnya dalam perniagaan membantu keluarga mencapai impian. Atau, lebih baik lagi, anda berada dalam perniagaan untuk mencipta kekayaan melalui pemilikan rumah.
2. Mungkin anda seorang peguam. Sebenarnya, anda seorang penyelesai masalah profesional. Atau lebih baik lagi, anda memberikan pelanggan anda ketenangan fikiran dan tidur malam yang baik pada masa-masa yang paling bergelora.
3. Adakah anda bersaing dalam perniagaan makanan? Mungkin anda dalam perniagaan mengisi dunia dengan tenaga, kesihatan, dan kecergasan untuk membantu mengurangkan kesakitan dan penderitaan di dunia. Atau anda berada dalam perniagaan untuk mengubah kehidupan manusia melalui pemakanan dan gaya hidup pilihan yang betul.
4. Mempunyai kedai perkakasan (hardware)? Anda berada dalam perniagaan membantu pelanggan-pelanggan anda supaya suka dan menjaga rumah mereka dengan menyediakan produk bertaraf dunia, pengetahuan, dan semangat.
5. Bagaimana dengan perniagaan insurans? Nilai anda ialah menjaga orang dan barang-barang berharga, dan memastikan mereka selamat dari segi kewangan apabila berlaku perkara-perkara yang tidak kena. Atau, lebih baik lagi, anda berada dalam perniagaan untuk mewujudkan persekitaran di mana orang-orang mempunyai jumlah perlindungan ke atas apa yang paling penting kepada mereka, sekali gus membolehkan mereka ketenangan fikiran dan memberi tumpuan kepada kehidupan mereka sepenuhnya.
6. Dan akhirnya, bagaimana jika anda menjalankan kem kanak-kanak? Mungkin anda adalah benar-benar dalam perniagaan memberi kuasa kepada kanak-kanak untuk menjadi diri yang terbaik melalui keyakinan dalaman, kesedaran diri, sumbangan, dan kejayaan. Atau mungkin anda berada dalam perniagaan untuk mewujudkan peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta kehidupan yang mereka mahu.
Apakah perniagaan yang anda perlu jalankan?
Soalan terakhir ialah untuk mencari masa depan. Tidak kira berapa hebatnya anda, keadaan semasa, teknologi dan inovasi bergerak dengan cepat, anda perlu terus melihat ke hadapan untuk menentukan apa yang anda mahu dalam perniagaan anda. Oleh itu, walaupun tujuan asas anda untuk mewujudkan kejayaan pemasaran dan inovasi yang hebat kepada pelanggan anda, anda juga perlu bekerja pada perniagaan masa depan anda.
Hakikatnya adalah, anda perlu sentiasa bekerja pada dua perniagaan : yang pertama ialah perniagaan sekarang, dan yang kedua ialah perniagaan masa depan. Dengan cara itu, anda tidak akan mendapati diri anda tercicir, dan akan kekal releven untuk bersaing di pentas perniagaan.
Jadi lain kali jika ada yang bertanya, “Apakah perniagaan yang anda lakukan?” Pastikan anda memberikan orang itu suatu jawapan menarik, yang berkaitan manfaat pelanggan, supaya ianya
benar-benar menepati soalan tersebut.
~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...
http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency
benar-benar menepati soalan tersebut.
~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...
http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency
No comments:
Post a Comment