Wednesday 23 March 2016

Mengapakah Seseorang Itu Berjaya?

Mengapakah seseorang itu Berjaya? Adakah kerana dia pintar? Ataupun kerana tuah? Apa pendapat anda?

Di sini saya dedahkan hasil kajian sejak beberapa tahun penganalisis Richard St.John yang telah melakukan temuramah terhadap lebih 500 orang-orang yang telah berjaya.

Menurutnya :

Semuanya bermula dalam satu perjalanan di dalam sebuah pesawat, sepuluh tahun yang lalu.
Duduk di sebelahnya seorang pelajar sekolah menengah, seorang remaja yang berasal daripada keluarga miskin. Remaja tersebut bertekad untuk mencapai sesuatu dalam hidupnya. Remaja
tersebut juga telah mengajukan satu soalan yang mudah kepadanya. Soalannya, "Apakah yang menjuruskan kepada kejayaan?" Beliau merasa amat bersalah, kerana beliau tidak dapat memberikannya jawapan yang baik.

Semenjak itu, beliau bertekad untuk bertanya kepada orang-orang yang berjaya, tentang perkara - perkara yang membantu mereka berjaya, dan akan memberitahu jawapannya kepada remaja tersebut.

Selama sepuluh tahun, beliau telah menemuramah melebihi 500 orang-orang yang telah berjaya, dan beliau telah merumuskan perkara-perkara berikut sebagai perkara utama yang membawa kepada kejayaan mereka :

1. Keghairahan / Minat : Russell Crowe – Oscar Winning Actor : "Pada asasnya saya suka bekerja sebagai pelakon. Saya mempunyai semangat yang tinggi." Bill Gates – Chairman, Microsoft : "Paul dan saya tidak pernah terfikir akan membuat banyak wang, kami hanya suka mencipta perisian." Carol Colleta, radio producer, Smart City : "Saya akan membayar seseorang untuk melakukan apa yang saya lakukan." Perkara yang menarik ialah, jika anda melakukan sesuatu dengan minat yang mendalam, wang akan diperolehi.

2. Kerja Kuat : Semua orang yang berjaya bekerja keras. Martha Stewart – Homemaking Guru : "Saya seorang pekerja gigih. Saya bekerja dan bekerja dan bekerja sepanjang masa." Rupert Murdoch – Billionaire media tycoon : "Ini semua adalah hasil kerja keras. Tiada apa-apa yang mudah, tetapi saya terlalu seronok bekerja." Alex Garden, game developer : "Untuk berjaya anda perlu jatuh, dan anda akan mendapatkannya semula." Orang yang berjaya mempunyai keseronokan bekerja, bukan mabuk kerja.

3. Tumpuan / Fokus : Norman Jewison – Oscar Winning Filmmaker : "Saya fikir segala-galanya adalah berkaitan dengan memberi tumpuan sepenuhmya kepada sesuatu perkara."

4. Tolak / Dorong : Orang-orang hebat akan terus menolak diri mereka. Richard Branson – Founder, Virgin Records / Airlines : "Apa yang perlu anda lakukan dalam kehidupan hanyalah menolak diri anda kepada matlamat. Menolak melepasi rasa malu, menolak melepasi keraguan diri." Goldie Hawn – Actress, producer : "Saya sentiasa mempunyai keraguan diri, saya tidak cukup baik, saya tidak cukup pintar, dan saya tidak fikir saya akan berjaya. Bukan mudah untuk menolak diri anda." David Gallo, marine scientist : "Menolak diri dari segi fizikal dan mental, anda perlu tolak tolak tolak!" Frank Gehry – Famous Architect : "Ibu saya menolak saya ... Jadi carilah seseorang untuk menolak anda." Cara lain untuk menolak diri anda kepada kejayaan : anda memerlukan cabaran, matlamat, tarikh akhir, disiplin diri, dan persaingan.
http://eutamaagency.blogspot.my/p/contact-us.html
5. Idea-idea : Bill Gates – Founder Microsoft : "Saya mempunyai idea" - pengasas syarikat perisian komputer mikro pertama. Donald Trump – Real estate developer : "Tawaran / Urus janji adalah bentuk seni saya." Anda perlu : jadi ingin tahu - sentiasa berhubung - membuat catatan – peka - menerima pendapat.

6. Penambahbaikan : Bagaimana untuk penambahbaikan? Usaha yang berterusan. Latihan Latihan Latihan… Lance Armstrong – 7 time Tour de France winner : "Perbezaannya ialah, pasukan saya melakukan latihan 12 bulan dalam setahun, bukan 3 atau 4 bulan."

7. Berkhidmat / Servis : Berkhidmat kepada orang lain adalah cara yang boleh menjadikan anda kaya. Semua jutawan menjalankan perkhidmatan sesuatu yang bernilai : Bill Gates -  Software ; Sam Walton - Walmart discounts ; Ingvar Kamprad - Ikea furniture ; Martha Stewart - Homemaking tips ; Martha Stewart – America’s first female self-made billionaire : "Saya memberi perkhidmatan kepada orang yang mempunyai maklumat yang dipercayai, maklumat yang berguna, idea-idea yang berharga dan produk." Sherwin Newland, professor of surgery, Yale : "Ia adalah satu keistimewaan untuk berkhidmat sebagai doktor."

8. Bertahan : Bertahan merentasi masa, kerana tiada kejayaan datang sekelip mata. Larry Page – co-founder Google : "Ia mengambil masa yang lama untuk melakukan perkara ini dan banyak kejayaan datang hanya disebabkan banyaknya masa yang anda berikan." Anda mesti cekal melalui kesukaran! Sudah tentulah kesukaran itu  bermakna "kritikan, penolakan, tohmahan dan tekanan." Bertahan melalui kegagalan. Robert Ward – senior VP, Universal Studios : "Anda perlu bertahan kerana ianya tidak mudah, dan akan ada kegagalan. Anda perlu melonjakkan diri anda naik, kekal bertahan, dan berterusan meredah laluan." Joe Kraus, cofounder, Excite : "Bertahan adalah sebab nombor satu bagi kejayaan kami."

Jadi, jawapan kepada soalan remaja di dalam pesawat itu adalah mudah : Lakukan lapan perkara itu, dan percayalah, ini adalah lapan perkara utama yang membawa kepada kejayaan.

http://eutamaagency.blogspot.my/p/mail-us.html

~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...
http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger TemplatesMy Blogger TricksAll Blogger Tricks
Blogger Widget