Kadangkala Kita Melupai Bahawa Sumber Rezeki Yang Asal Ialah Allah S.W.T.
Dalam keghairahan insan mencari kurniaan dalam kehidupan dari segi harta, pasangan, kegembiraan, kebahagiaan dan segalanya kadang-kala mereka melupai sumber rezeki yang asal iaitu Allah S.W.T. Sehingga seseorang seakan terasa dengan kemampuan dan kebijaksanaannya dia mampu mengaut rezeki untuk dirinya.
Demikian tidak kurang pula ada yang apabila berpeluang memberikan kelebihan yang dia miliki kepada orang lain menganggap seakan dialah punca rezeki yang telah dia dapat dengan kebijaksanaan dan kekuatan yang dia ada. Ini persis seperti Qarun yang dimusnahkan oleh Allah : (maksudnya) “Qarun berkata : “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan kepandaian yang ada padaku”. Tidakkah dia (Qarun) mengetahui bahawa Allah SWT telah membinasakan sebelumnya, umat-umat yang telah lalu, mereka itu yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia : “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka) : “Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh ; dan tidak akan dapat menerimanya melainkan mereka yang sabar”. (QS al-Qasas : 78-80).
(Menghayati Erti Rezeki Allah : drmaza.com)
~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...
http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency
No comments:
Post a Comment