Monday, 28 March 2016

Kekuatan Ekonomi Adalah Senjata Yang Mampu Menggerunkan Musuh

Hargai Diri Sendiri ;

Kekuatan Ekonomi Adalah Senjata Yang Mampu Menggerunkan Musuh

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahuinya ; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (QS al-Anfal : 60)

Ayat ini adalah perintah Allah untuk muslimin menyediakan kekuatan menghadapi musuh-musuh umat. Kekuatan yang mesti disiapkan itu ialah dari jenis apa sahaja yang mampu menggerunkan musuh. Kuda adalah salah satu daripadanya yang dapat dilihat oleh manusia di zaman penurunan al-Quran dan juga selepas itu. Pada zaman sekarang dari segi persenjataan, senjata-senjata canggih yang wujud pula menduduki tempat tugasan menggerunkan musuh. Maka umat Islam mesti berusaha menyiap dan memilikinya.

Di samping itu kekuatan ekonomi juga adalah senjata baru dalam membina kekuasaan di era moden. Kekuatan ekonomi mampu membawa kepada hasrat yang sama iaitu menggerunkan musuh. Maka membina kekuatan ekonomi di zaman ini adalah satu tuntutan agama.
(Persaudaraan Kita Sepatutnya Membangunkan Ekonomi Umat : drmaza.com)
http://eutamaagency.blogspot.my/p/mail-us.html

~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...
http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency

No comments:

Post a Comment

Previous Page Next Page Home
Blogger TemplatesMy Blogger TricksAll Blogger Tricks
Blogger Widget