Apakah rahsia utama perniagaan yang berjaya? Kita perlu memahami mengapa hanya segelintir sahaja orang-orang yang kaya di dunia ini (5%), apa yang membezakan mereka dengan kebanyakan orang lain (95%), dan mengapakah kita perlu masuk ke dalam golongan elit 5%?.
~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...
http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency
Saya harap anda akan bersetuju dengan saya, melainkan jika anda mempunyai bakat luar biasa seperti Michael Schumacher, Tiger Woods, David Beckham, The Beatles, The Rolling Stones, The Bee
Gees, dan lain-lain... (Selepas zaman kegemilangan mereka, beberapa ahli sukan dan artis popular jatuh ke dalam masalah kewangan yang teruk. Adakah Mike Tyson, Whitney Houston, dan juga Michael Jackson "menekan loceng"?). Kita tidak mempunyai pilihan lain, melainkan kita mesti berdikari, mempunyai perniagaan sendiri, untuk menikmati kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.

Malangnya, kebanyakan orang berfikir bahawa dengan mendapatkan pekerjaan tetap dan gaji yang tetap, dapat menjamin keselamatan hidup mereka. Tetapi hakikatnya, mereka terperangkap dalam rutin dan terdedah dengan beberapa masalah sosial dan kewangan yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, orang-orang yang mempunyai jaminan hidup adalah orang yang mempunyai sedikit kebebasan. Lihat banduan sebagai contoh! Mereka sangat "selamat" tetapi tidak bebas!
Jika anda sedang mencari dan berusaha untuk mencapai kebebasan, maka saya perlu mengatakan bahawa, anda perlu bersama-sama di dalam kumpulan orang-orang yang mempunyai perniagaan mereka sendiri. Melainkan jika anda berasa seronok dengan keadaan "keselamatan" yang anda ada sekarang... tapi, saya tetap berani untuk meminta anda supaya berfikir sekali lagi! Fikirkan : "Apakah jenis perniagaan yang sesuai dan menguntungkan untuk menjamin kehidupan saya dan keluarga saya?"
Menurut pakar dan penasihat kewangan David Bach (American Financial Author, Television Personality, Motivational Speaker, Entrepreneur & Founder of FinishRich.com), DR James Chia (Masters in Applied Finance from the National University of Singapore and holds the designations of Certified Financial Planner (CFP) & Chartered Financial Analyst (CFA), dan Ong Hock Siew (Vice-Chairman of the Organizing Committee, ex-Senior Banker, Author & Internet Marketing Business), terdapat 4 faktor, atau juga dikenali sebagai 4-i (Income, Investment, Insurance & Inheritance) daripada perniagaan yang sempurna (aset), yang juga dikenali sebagai Empat Rahsia Utama Perniagaan Berjaya.
INCOME (PENDAPATAN) :
Perniagaan anda perlu menjana pendapatan untuk anda! Untuk apa anda menjalankan perniagaan jika ia tidak memberikan anda keuntungan? Apakah jenis pendapatan? Sudah tentulah, pendapatan yang tidak terhad.

INVESTMENT (PELABURAN) :
Perniagaan anda perlu mempunyai faktor pelaburan, baik dalam bentuk wang, masa, tenaga, dan minda. Kerana komponen tersebut dapat memanfaatkan anda, memanfaatkan wang anda, masa anda, tenaga anda, dan pengetahuan anda, untuk menjana keuntungan anda.

INSURANCE (INSURAN) :
Perniagaan anda akan dapat menyediakan insuran untuk anda. Maksudnya, anda berhak memilih samada untuk terus bekerja atau tidak, setelah perniagaan anda mencapai tahap tertentu, kerana perniagaan anda akan sentiasa menjana pendapatan untuk anda.
INHERITANCE (WARISAN) :
Perniagaan adalah aset yang secara langsung boleh diwarisi
Jika anda kini menjalankan perniagaan anda sendiri, dan anda melihat perniagaan anda mempunyai 4-i di atas, maka anda mungkin tidak memerlukan rahsia yang lain lagi untuk berjaya. Tahniah kepada anda, dan saya amat mengalu-alukan jika anda bersedia untuk berkongsi cerita anda dengan saya dan para pembaca di sini untuk melihat perniagaan yang mempunyai faktor 4-i, atau Empat Rahsia Utama Perniagaan Berjaya.Perniagaan anda akan dapat menyediakan insuran untuk anda. Maksudnya, anda berhak memilih samada untuk terus bekerja atau tidak, setelah perniagaan anda mencapai tahap tertentu, kerana perniagaan anda akan sentiasa menjana pendapatan untuk anda.
Perniagaan adalah aset yang secara langsung boleh diwarisi
~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...
http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency
No comments:
Post a Comment