Keputusan tinjauan yang dijalankan oleh Hartford Insurance Group, yang saya petik daripada buku "Rich Dad Poor Dad" (Robert T. Kiyosaki), saya sedar bahawa realiti kehidupan adalah tidak menyenangkan kerana :
Daripada 100 orang pada usia 65 :
36% - Meninggal Dunia
54% - Muflis
05% - Masih Bekerja
36% - Meninggal Dunia
54% - Muflis
05% - Masih Bekerja
04% - Kaya & Berada
01% - Kaya & Mewah
01% - Kaya & Mewah
Cuba kita lihat di sekeliling, adakah data statistik ini releven? Ya, ini adalah realiti. Kita sering bertemu dengan orang-orang yang sangat produktif, dan begitu luar biasa dari segi kewangan dan mentalnya, tetapi menjadi tertekan pada usia persaraan. "Post-Power Syndrome" telah menjadi perkara biasa pada masa sekarang, dan hampir dialami oleh semua pesara. "Post-Power Syndrome" ialah gejala kejiwaan kurang stabil dari segi fizikal, emosi dan tingkahlaku, yang muncul tatkala seseorang itu turun dari kekuasaan yang dimiliki sebelumnya.
Jadi, masalah itu tidak hanya terletak pada kewangan sahaja, tetapi juga pada mental. Apa sahaja kedudukan dan tugas anda pada masa sekarang, akan tiba masanya juga untuk anda bersara, sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Kebimbangan anda seharusnya diletakkan pada apa jenis kehidupan yang anda mahu di waktu persaraan anda?
Statistik juga mendedahkan, bahawa hakikatnya hanya 1% daripada orang pada usia 65 yang hidup kaya dan mewah, dan hanya 4% yang tinggal dalam keadaan kaya dan berada. Jadi, ia boleh disimpulkan bahawa, hanya 5% sahaja yang hidup dalam keadaan baik di waktu persaraan.
Jadi, apa yang berlaku pada 95% selainnya?
Mereka menderita! Berjuang! Mental dan kewangan! Dan kemudian, meninggal dunia ..!
Mereka menderita! Berjuang! Mental dan kewangan! Dan kemudian, meninggal dunia ..!
Terdapat juga data statistik lain, yang berkait rapat dengan data statistik di atas ;
95% daripada penduduk dunia hanya memiliki 5% kekayaan dunia, dan 5% selebihnya daripada penduduk dunia, memiliki 95% kekayaan dunia!
95% daripada penduduk dunia hanya memiliki 5% kekayaan dunia, dan 5% selebihnya daripada penduduk dunia, memiliki 95% kekayaan dunia!
Jadi, dari kedua-dua data statistik di atas, dapat disimpulkan bahawa, terdapat 2 kumpulan orang di dunia ini ; "Kumpulan 95% dan Kumpulan 5%"
KUMPULAN 95%Dari angka tersebut, dapat disimpulkan bahawa kumpulan ini mewakili sebahagian besar penduduk dunia. 95% daripada orang yang anda temui setiap hari adalah orang-orang dari kumpulan ini. Mereka adalah pekerja, buruh, peguam, doktor, pelatih, tukang paip, tukang kayu, ahli sukan, artis, dan lain-lain.
Salah satu ciri-ciri kumpulan ini adalah bahawa mereka bekerja untuk mendapatkan wang!! Mereka memberikan masa dan pemikiran mereka untuk wang, dan kemudian mereka mendapat pendapatan yang terhad. Anda tahu kenapa? Jawapannya mudah dan logik, kerana semua orang di dunia ini hanya mempunyai 24 jam dalam satu hari, dan mereka tidak tahu berkaitan tinjauan yang telah dijalankan ini.

KUMPULAN 5%Hanya 5% daripada penduduk dunia termasuk di dalam kumpulan elit ini! Siapakah mereka? Mereka adalah pemilik perniagaan yang besar dan pelabur. Apa yang membuatkan mereka berbeza daripada kumpulan sebelumnya?
Maafkan saya, jawapannya agak menyakitkan, tetapi ini adalah sebahagian dari fakta penting yang anda perlu tahu ; Mereka telah menggunakan masa, tenaga, fikiran dan wang orang-orang daripada kumpulan 95%, untuk mendapatkan wang! Mereka menggunakan wang untuk mendapatkan wang untuk diri mereka sendiri.
Cuba renungkan! Bagaimana mereka boleh mempunyai 95% kekayaan dunia sedangkan mereka mempunyai masa yang sama dengan anda (24 jam sehari)?
Mereka melakukan sesuatu yang dikenali sebagai "Leverage" yang menggunakan masa, tenaga, fikiran dan wang orang lain untuk menjana pendapatan untuk mereka!
"Leverage" dapat didefinisikan sebagai kebolehan untuk menjana wang semaksima mungkin, dengan usaha yang seminima mungkin.
Mereka melakukan "Leverage", manakala kumpulan 95% tidak. Mereka bekerja dengan bijak dan cekap (Work Smart), manakala kebanyakan orang bekerja keras (Work Hard). Jadi, jelaslah bahawa mengapa kebanyakan orang hidup sederhana atau miskin, manakala hanya beberapa orang sahaja yang kaya dan mewah di dunia. Itulah Tinjauan Golongan Kaya dan Bagaimana Untuk Menjadi Kaya.
Mudah-mudahan tulisan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua, dan boleh membuka minda & wawasan, bahawa dunia ini tidak seindah yang kita bayangkan. Walau bagaimanapun, sentiasa ada jalan untuk menggerakkan dari kumpulan 95% kepada 5%.
Siapakah anda sekarang adalah hasil daripada keputusan & tindakan anda 3 - 5 tahun lalu. Siapakah anda 3 - 5 tahun akan datang, adalah hasil daripada keputusan & tindakan yang anda buat sekarang!
Jadi, bagaimana untuk bekerja dengan bijak dan teliti? Bagaimana untuk bergerak ke arah elit 5%? Adakah kerja yang sedang anda lakukan sekarang dilakukan dengan bijak dan teliti? Adakah terdapat prinsip-prinsip "Leverage" di situ? Adakah "Leverage" itu sempurna?
Mungkin anda mahu bertanya kembali kepada saya? Marilah kita berbincang dan bertukar-tukar pendapat ; Jika anda ingin mempunyai perniagaan, atau bagaimana untuk memulakan perniagaan, yang boleh memanfaatkan anda dan orang lain...
~ (Admin) Semoga Allah bantu kita… Marilah kita berkongsi apa yang membuatkan kita berbeza, kerana semua orang tahu apa yang membuatkan kita sama...
http://eutamaagency.blogspot.my
https://www.facebook.com/eutamaagency
https://twitter.com/eutamaagency
https://www.instagram.com/eutamaagency

No comments:
Post a Comment