Sunday, 18 December 2016

Hidup bukanlah bermula setelah cabaran itu hilang, malah cabaran itu adalah kehidupan

Hargai Diri Sendiri ;

Hidup bukanlah bermula setelah cabaran itu hilang, malah cabaran itu adalah kehidupan

Hidup bukanlah soal menunggu ribut berlalu, atau menunggu hujan berhenti ; ia adalah mengenai belajar untuk menari di dalam hujan. Ia mengenai menghapuskan ketakutan, supaya anda dapat memberi tumpuan kepada apa yang paling penting dalam kehidupan.

Monday, 12 December 2016

Salam Maulidur Rasul 1438H (Sucikan Hatiku)

Dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. ditanya orang tentang puasa hari Isnin. Jawab baginda, "Hari Isnin itu hari kelahiranku, dan hari Isnin itu Quran diturunkan kepada ku." (HR Muslim)

Friday, 21 October 2016

Mengelakkan Perangkap Hutang

Sebelum saya meneruskan pembentangan saya, saya mengaku bahawa, tidak ada titik tunggal atau remedi yang boleh dianggap sebagai satu penyelesaian yang tepat.

Sunday, 25 September 2016

Orang Yang Berjaya Melakukan Tugas Melebihi Masa Yang Diperlukan

Hargai Diri Sendiri ;

Orang Yang Berjaya Melakukan Tugas Melebihi Masa Yang Diperlukan

Semua orang yang hebat sangat bersemangat (ghairah) dengan tugas mereka. Mereka cinta apa yang mereka lakukan, dan sentiasa berfikir tentangnya. Sebahagian besar kehidupan mereka diisi dengan tugas mereka.

Sunday, 11 September 2016

Salam Eid al-Adha (Sucikan Hatiku)

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Thursday, 8 September 2016

Doa Mohon Dihilangkan Kesusahan (Doa Nabi Ya’kub a.s.)

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah

Friday, 2 September 2016

Adakah Aku Seorang Yang Gagal?

Kebankrapan bukanlah bererti segala-galanya telah berakhir ; ia adalah sekadar halangan atau kekangan yang sememangnya anda mampu mengatasinya, dan akan melahirkan sesuatu yang lebih kukuh daripada sebelumnya.

Saturday, 27 August 2016

Salam Merdeka 2016 (Merdekakan Jiwaku)

Dari 'Iyadh bin Himar Al Mujasyi'iy r.a. katanya : "Pada suatu hari Rasulullah saw. bersabda dalam khutbah sebagai berikut :

Sunday, 21 August 2016

Orang Yang Berjaya Melakukan Perkara Yang Kebanyakan Orang Benci Melakukannya

Hargai Diri Sendiri ;

Orang Yang Berjaya Melakukan Perkara Yang Kebanyakan Orang Benci Melakukannya.

Tuesday, 16 August 2016

Doa Mohon Tetap Bersyukur & Kebaikan Zuriat (Doa Nabi Sulaiman a.s.)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.

Sunday, 7 August 2016

Bagaimana Untuk Kekal Gembira Dalam Kehidupan


Saya sering terfikir :

"Apakah yang membuatkan orang gembira?"
"Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai kebahagiaan?"

Sunday, 31 July 2016

Apa Yang Anda Beri Anda Akan Menerimanya Kembali

Hargai Diri Sendiri ;

Apa yang anda beri anda akan menerimanya kembali...

Jika anda hendak menerima, anda hendaklah memberi… Jika anda hendak menerima banyak, anda hendaklah memberi banyak…

Friday, 22 July 2016

Doa Mohon Cinta Allah

Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Muhammad bin Fadhl memberitahukan kepada kami dari Muhammad bin Said Al Anshad dari Abdillah bin Rabi'ah Ad Damasyqiy berkata :

Friday, 15 July 2016

Cara Untuk Memulakan Tabiat Menabung

Anda mungkin menyangka ini adalah satu lagi artikel berkaitan penyimpanan wang, dan mungkin meminta anda memulakan tabiat yang boleh membuatkan anda dan keluarga anda mengalami tekanan hidup.

Saturday, 9 July 2016

Fikiran Yang Marah Ialah Fikiran Yang Sempit

Hargai Diri Sendiri ;

Fikiran Yang Marah Ialah Fikiran Yang Sempit

Fikiran yang marah ialah fikiran yang sempit… Bila anda marah anda cuma memikirkan apa yang perlu dilakukan kepada seseorang, tanpa memikirkan apa akan terjadi pada diri anda sendiri…

Tuesday, 5 July 2016

Salam Aidil Fitri 2016

Dari Jabir r.a., katanya : "Biasanya pada hari raya, Rasulullah saw. menempuh jalan pulang, lain daripada jalan yang telah ditempuh baginda untuk pergi." (HR Al-Bukhari).

Saturday, 25 June 2016

Doa Mohon Dimudahkan Perkara Yang Susah

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya ; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu, dan (ingatlah) Dia lah sahaja Yang maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS Fatir ; 2)

Saturday, 18 June 2016

Pelajaran Kewangan Untuk Kanak-Kanak

Jika anda bertanya kepada seorang kanak-kanak berumur 5 tahun "dari manakah wang itu datang?", kemungkinan besar jawapannya ialah dari poket, atau dari dompet, atau dari ATM. Kanak-kanak hanya mengatakan apa yang telah diperolehi dari pemerhatiannya saja. Ia tidak dapat melihat hubungan antara keringat dan masa anda untuk mendapatkan kehidupan (wang) yang sempurna untuk mereka.

Sunday, 12 June 2016

Kita Bukannya Mencari Orang Yang Sempurna

Hargai Diri Sendiri ;
Kita Bukannya Mencari Orang Yang Sempurna, Tetapi Belajar Melihat Orang Yang Tidak Sempurna Dengan Sempurna

Tuesday, 7 June 2016

Salam Ramadhan 2016

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Allah berfirman : "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagiKu, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai ; maka apabila

Sunday, 5 June 2016

Doa Mohon Kebaikan & Dijauhi Kejahatan

Dari ‘Aisyah r.a. katanya : “Rasulullah SAW pernah mengajarkan do’a berikut ini kepadanya :

“Allahumma inni as-aluka min al khairi kullihi ‘ajilihi wa aajilihi, ma ‘alimtu minhu wa ma lam a’lam. Allahumma a’udzu bika min al syarri kullihi ‘ajilihi wa aajilihi, ma alimtu minhu wa ma lam a’lamu. Allahumma inni as-aluka min

Friday, 3 June 2016

Rahsia Bagaimana Orang-Orang Kaya Berfikir

Pada kesempatan ini, saya akan berkongsi satu rahsia yang telah menjadi satu persoalan. Kita sering mendengar : "Orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin", dan baru-baru ini kita mula mendengar kenyataan yang berikut : "orang kelas pertengahan menjadi miskin"

Friday, 27 May 2016

Kita Tenggelam Dalam Maklumat, Tetapi Masih Terlalu Jauh Untuk Menjadi Bijak

Hargai Diri Sendiri ;
 
Kita Tenggelam Dalam Maklumat, Tetapi Masih Terlalu Jauh Untuk Menjadi Bijak

Ketika bangun di waktu pagi, atau terjaga di tengah malam, tidak mengira masa dan tempat, kita dipenuhi dengan maklumat...

Friday, 20 May 2016

Doa Mohon Rezeki & Membayar Hutang

Katakanlah (wahai Muhammad) : "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (QS ‘Ali-‘Imran ; 26).

Sunday, 15 May 2016

Menjadi Baik Adalah Lebih Baik Daripada Menjadi Sempurna – Berkaitan Kewangan

Kita berusaha untuk menjadi sempurna dalam apa juga yang kita lakukan, samada kita seorang kakitangan kerajaan, peniaga, kontraktor, pengurus projek, juru jual, atau perunding kewangan. Kita cuba untuk menjadi yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan, tetapi kita harus ingat bahawa menyelesaikan dengan baik sesuatu tugas adalah lebih baik daripada cuba untuk membuatkan ia menjadi sempurna.

Thursday, 12 May 2016

Jika Anda Tidak Bergerak Dan Hanya Berpuashati Dengan Kejayaan Lalu, Anda Akan Mudah Dipintas Oleh Pesaing

Hargai Diri Sendiri ;

Jika Anda Tidak Bergerak Dan Hanya Berpuashati Dengan Kejayaan Lalu, Anda Akan Mudah Dipintas Oleh Pesaing.

Orang yang berjaya tidak pernah merasa puashati dengan pencapaian yang mereka miliki… mereka bergerak dan terus bergerak menyaingi diri mereka sendiri dari satu tahap ke

Saturday, 7 May 2016

Doa Mohon Berlindung Dari Sifat Bakhil & Malas

Dari Anas r.a. katanya Rasulullah saw. Sering mendoa sebagai berikut : "Allahumma inni a'udzu bika minal bukhli, wal kasali, wa ardzalil 'umuri. wa 'adzabil qabri, wa fitnatil mahyaa wal mamaati. (Wahai Allah! aku berlindung dengan Engkau dari kebakhilan, kemalasan, umur yang tersia-sia ,dan dari seksa kubur, serta bencana hidup dan mati). (HR Muslim)

Tuesday, 3 May 2016

Bila Pintu Diketuk

Bila pintu diketuk…
dan seseorang mahu bercakap tentang insuran kepada anda, apa yang datang di fikiran anda?
- Not again!- Tidak mahu!I am already having many life insurance policies with me. Saya sudah mempunyai insuran.
- I really don't need insurance now, I can plan for it during the last quarter of financial year or my limit of Rs.- Saya tidak perlu insuran sekarang.
- Saya sudah banyak membuat pelaburan, saya tidak perlu insuran lagi1 lac is over.Now I don't need insurance policy.
- How should I ignore this Insurance agent?- Bagaimana saya dapat lari dari agen insuran?Now he is going to chase me day and night
- I am too young to have insurance- Saya terlalu muda untuk memiliki insuran.
- Tunggulah nanti!

Saturday, 30 April 2016

Jangan Anda Berfikir Bahawa Anda Tidak Memerlukan Bantuan

Hargai Diri Sendiri ;

Jangan Anda Berfikir Bahawa Anda Tidak Memerlukan Bantuan

Tidak dinafikan, anda boleh mencapai matlamat anda dengan bersendirian, tapi jika anda ingin pergi ke peringkat yang lebih tinggi, anda memerlukan pasukan atau rakan-rakan yang boleh membantu anda. Kebanyakan orang tidak pernah melihat ini, dan mereka berfikiran bahawa mereka boleh mengendalikan segala-galanya dengan sendirian. Itulah sebabnya kebanyakan orang tidak pernah membawa perniagaan mereka ke tahap yang seterusnya…

Tuesday, 26 April 2016

Doa Mohon Keampunan & Dijauhi Hasad Dengki

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.  (QS Al-Hashr ; 9)

Wednesday, 20 April 2016

Apakah Yang Akan Berlaku Dalam Kehidupan Sebenar?

What is Insurance & why we need Insurance is normally misunderstood by IndianApakah Insuran, dan mengapa kita perlu Insuran, biasanya disalahertikan oleh kebanyakan orang.Most of the time, when we ask any investor about his investment Apabila kita bertanya kepada mana-mana pelabur mengenai portfolio pelaburan mereka, mereka selalunya portfolio , he/she invariably lands up saying that we have investments in some sort of insurance policy in LIC , ULIPs, Endowment Policy, Money Back Policy etc. In fact, over the last 50 years or so, LIC has taught Indians everything other than insurance. We all understand insurance as Tax Saving Instrument, Investment Tool but do we understandberkata, bahawa kami mempunyai pelaburan dalam beberapa jenis polisi insuran dan sebagainya. Kita semua faham bahawa insuran adalah sebagai Instrumen Penjimatan Cukai, dan Alat Pelaburan, tetapi adakah kita memahami bahawaInsurance as Insurance. You must be surprised by our sentence, but that is the hard core fact of life. Insuran adalah Insuran.

Friday, 15 April 2016

Lihat Pada Kebaikan Akan Nampak Kebaikan, Lihat Pada Keburukan Akan Nampak Keburukan

Hargai Diri Sendiri ;

Lihat Pada Kebaikan Akan Nampak Kebaikan, Lihat Pada Keburukan Akan Nampak Keburukan.

Umpama melihat sehelai kertas putih dan setitik dakwat hitam di atasnya ; Apa yang anda nampak? Adakah anda nampak 99.99% putih, atau 00.01% hitam? Dan,
Umpama melihat sehelai kertas hitam dan setitik dakwat putih di atasnya ; Apa yang anda nampak? Adakah anda nampak 00.01% putih atau 99.99% hitam?

Tuesday, 12 April 2016

Doa Mohon Keampunan & Ringan Bebanan

Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Wakie' memberitahukan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Adam bin Sulaiman dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas, ia berkata : "Tatkala turun ayat ini" : (Jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatan itu) (Al Baqarah : 284). Hati para sahabat ada yang merasa susah dan ada yang tak merasa susah, mereka mengadukan (halnya) kepada Rasulullah SAW. maka Rasulullah SAW bersabda : "Katakanlah kami mendengar dan taat, maka Allah memberikan keimanan dihati para

Friday, 8 April 2016

Cara Pemimpin Hebat Menginspirasikan Tindakan

Simon Sinek memiliki model yang luar biasa dan sederhana tentang kepemimpinan yang inspiratif. Semuanya dimulai dengan "Golden Circle" dan pertanyaan "Mengapa?" Contoh yang beliau gunakan antara lain : Apple, Martin Luther King, dan Wright bersaudara.

Monday, 4 April 2016

Memberi Semasa Kekurangan Menjadikan Pemberian Itu Amat Berharga

Hargai Diri Sendiri ;

Memberi Semasa Kekurangan Menjadikan Pemberian Itu Amat Berharga

Apabila anda memikirkan hidup anda, adakah anda memikirkan tentang apa yang anda ada? Atau adakah anda memikirkan tentang apa yang anda tidak ada?

Jika anda memikirkan tentang apa yang anda ada, anda akan merasakan bahawa anda memiliki cukup, dan cenderung untuk memberi.

Friday, 1 April 2016

Doa Ketika Menghadapi Kesulitan

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (QS An-Naml : 62)

Tuesday, 29 March 2016

Bagaimanakah Kehidupan Anda Di Usia Persaraan?

Tahukah anda bahawa, hanya 1% daripada penduduk dunia adalah kaya & mewah?

Keputusan tinjauan yang dijalankan oleh Hartford Insurance Group, yang saya petik daripada buku "Rich Dad Poor Dad" (Robert T. Kiyosaki), saya sedar bahawa realiti kehidupan adalah tidak menyenangkan kerana :

Monday, 28 March 2016

Kekuatan Ekonomi Adalah Senjata Yang Mampu Menggerunkan Musuh

Hargai Diri Sendiri ;

Kekuatan Ekonomi Adalah Senjata Yang Mampu Menggerunkan Musuh

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak

Sunday, 27 March 2016

Doa Mohon Perlindungan Dari Segala Kemudharatan

Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Abu Dawud dia adalah Ath Thayalisi memberitahukan kepada kami, Abdur Rahman bin Abiz Zanad memberitahukan kepada kami dari ayahnya dari Aban bin Utsman berkata : "Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa berkata pada paginya setiap hari dan petangnya setiap malam. (Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah segala kemudharatan, sesuatu yang berada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), maka tidak ada sesuatu

Saturday, 26 March 2016

Apakah Rahsia Utama Perniagaan Yang Berjaya?

Apakah rahsia utama perniagaan yang berjaya? Kita perlu memahami mengapa hanya segelintir sahaja orang-orang yang kaya di dunia ini (5%), apa yang membezakan mereka dengan kebanyakan orang lain (95%), dan mengapakah kita perlu masuk ke dalam golongan elit 5%?.

Friday, 25 March 2016

Kadangkala Kita Melupai Bahawa Sumber Rezeki Yang Asal Ialah Allah S.W.T.

Hargai Diri Sendiri ;

Kadangkala Kita Melupai Bahawa Sumber Rezeki Yang Asal Ialah Allah S.W.T.

Dalam keghairahan insan mencari kurniaan dalam kehidupan dari segi harta, pasangan, kegembiraan, kebahagiaan dan segalanya kadang-kala mereka melupai sumber rezeki yang asal iaitu Allah S.W.T. Sehingga seseorang seakan terasa dengan kemampuan dan kebijaksanaannya dia mampu mengaut rezeki untuk dirinya.

Thursday, 24 March 2016

Doa Mohon Redha Allah SWT

Dari Abu Hurairah r.a., dari 'Aisyah r.a., katanya : "Pada suatu malam aku kehilangan Rasulullah saw. di tempat tidur. Lalu aku meraba-raba, maka terabalah olehku kedua tumit beliau sedang ditegakkannya. Ketika itu beliau berada dalam masjid, sedang membaca : "Allahumma a'udzu biriddhaka min sakhatika wa bimu'afatika min 'uqubatika, wa a'udzu bika minka. La uhshi tsana-an 'alaika, anta kama atsnaita 'ala nafsika." (Wahai Allah! Aku berlindung dengan redhaMu dari murkaMu, dan dengan kemaafanMu dari seksaMu, dan aku

Wednesday, 23 March 2016

Mengapakah Seseorang Itu Berjaya?

Mengapakah seseorang itu Berjaya? Adakah kerana dia pintar? Ataupun kerana tuah? Apa pendapat anda?

Di sini saya dedahkan hasil kajian sejak beberapa tahun penganalisis Richard St.John yang telah melakukan temuramah terhadap lebih 500 orang-orang yang telah berjaya.

Tuesday, 22 March 2016

Persaudaraan Sesama Kita Sepatutnya Menggerakkan Ekonomi dan Kekuatan Umat

Hargai Diri Sendiri ;

Persaudaraan Sesama Kita Sepatutnya Menggerakkan Ekonomi dan Kekuatan Umat

Sepatutnya daripada akidah lahirnya rasa ukhuwwah (persaudaraan) sesama muslim yang menggerakkan ekonomi dan kekuatan umat. Daripada akidah yang teguh dapat dibentuk sikap bertanggungjawab terhadap seluruh strategi yang diatur demi membangunkan umat. Tanpa akidah hilanglah ikatan persaudaraan atau ukhuwwah Islamiyyah yang menjadi penggerak kepada pembangunan ekonomi. Sedang ini adalah sesuatu yang dituntut.

Monday, 21 March 2016

Doa Ketika Keluar Rumah

Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Waki' memberitahukan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Manshur dari Amir Asy Sya'bi dari Ummi Salamah "Bahawa Rasulullah SAW hendak keluar dari rumahnya Baginda membaca : (Dengan menyebut nama Allah aku bertawakkal kepada Allah. Wahai Allah aku berlindung kepada Mu dari kami tergelincir atau tersesat atau menganiaya atau bodoh atau dibodohkan)." Hadis ini hasan sahih. (HR at-Termizi).

Sunday, 20 March 2016

Apakah Perniagaan Yang Anda Ceburi?

Apakah perniagaan yang anda lakukan? Maksud saya, apakah perniagaan yang anda benar-benar lakukan? Dalam erti kata lain, apakah fungsi utama yang anda berikan kepada bakal pelanggan anda di luar kategori atau syarikat di
mana anda telah membina kerjaya anda?

Saturday, 19 March 2016

Tiada Sesuatu Yang Mustahil Melainkan Ia Hanyalah Alasan

Hargai Diri Sendiri ;

Tiada Sesuatu Yang Mustahil Melainkan Ia Hanyalah Alasan

Apabila seseorang mengatakan sesuatu itu adalah "mustahil", adakah mereka benar-benar realistik - atau adakah mereka hanya memberi alasan kepada diri mereka sendiri untuk tidak mencuba?

Mempercayai sesuatu yang mustahil akan mempengaruhi anda supaya bersungguh-sungguh untuk

Friday, 18 March 2016

Penghulu Istighfar (Sayyidul Istighfar)

Al Husain bin Huraits menceritakan kepada kami, Abdul Aziz bin Abi Hazim memberitahukan kepada kami dari Katsir bin Zaid dari Utsman bin Rabiah dari Syaddad bin Aus : "Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepadanya ; "Mahukah aku menunjukkan kepada mu tentang sayyidul istighfar (kepala doa minta keampunan)? (Ya Allah! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau telah menciptakan ku dan aku adalah hambaMu dan aku menepati perjanjianMu dan aku yakin atas janjiMu menurut kemampuanku.
Previous Page Home
Blogger TemplatesMy Blogger TricksAll Blogger Tricks
Blogger Widget